Wednesday, 22 February 2012

Tingkatan empat bkn taun 'honeymoon'

Assalamualaikum ya Nukilan hati..lame btul xpost sesuatu kat blog ni.. berbalik pada title kat atas tu.honeymoon x semestinya kahwin tau..hehe..sebenarnya form4 ni bkn taun untuk kita main-main..Main-main ape ye?? main-mainla contohnya selalu ponteng kelas, jadikan taun ni taun untuk mencari pasangan hidup,xfokus dalam kelas,dan bermacam-macam lagi la..

Form4 bukan taun bemadu kasih,  remaja pada umo 16 taun dan keatas ni mesti akan muncul perasaan sayang kat seseorang..itu normal,sudah lumrah.tapi kita sebagai Muslimah mesti menjaga batas-batas pergaulan kita sesama lelaki yg bukan mahram..Syaitan akan sentiasa mencari jlan untuk mengoda kita umat islam,so kita kena lawan perasaan tu kerana ia tidak akan mendatangkan faedah yang baik kepada kita.Contohnya,kita mesti akan selalu bersms dengan pasangan kita,sms bukan guna air kn? semestinya guna duit..duit yg digunakan untuk topup tersebut mybe boleh kita simpan jika kita tidak mempunyai kekasih..biar suami kita kekasih awal dan akhir..Mungkin sesetengah remaja berkapel dengan pasangan yang sama skolh dengan mereka..ini akan menyebabkan gejala dating tidak dapat dibasmi..mungkin ia akan lebih berleluasa apatah lagi jika pasangan itu berkapel dalam kelas yang sama.

Sebagai seorng muslimah kita wajib menutup aurat dengan sempurna.Dengan penjagaan ini,Insyaallah dapat menjauhkan diri kita daripada perkara2 maksiat..Menutup aurat mestilah tidak nampak susuk tubuh,longgar, tidak jarang dan bertudung mesti melepasi dada...Jika kita menjaga diri kita dengan baik , Insyaallah Allah akan bersama kita  dan Iman kita akn lebih teguh dan kuat.Ayuhlah para muslimah bangkit dan perjuangkanlah islam .jgan tengok islam diperlekehkan..nak mencari pasangan biarlah tepat waktunya dan umur kita.jgn risau soal jodoh kerana Allah telah menetapkan setiap seseorang itu jodoh masing2
 Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia... Sama-sama kita renungkan dimana diri kita... Baikkah Kita, Atau... Jahatkah Kita...?...
ALLAHUALAM..

*peringatan juga buat diri sendiri dan para sahabat..