Sunday, 25 December 2011

Segala Pujian Hanya UntukMu Ya Allah.

Assalamualaikum wbt..
Syukur padaMu Ilahi kerana diberi kesempatan dan ruang utk bernafas di bumi ini. Syukur pdMu kerana memberi peluang utk mmbnggakan kedua org tua. InsyaAllah 2013 akan ku berjuang untuk memberi yg terbaik utk mak & ayah. Ya Allah aku mohon kepadaMu engkau permudahkanlah urusan ku untuk mencari ilmu, engkau lapangkanlah hati hambaMu ini.

Sunday, 11 December 2011

Bulan Asyura~

Assalamualaikum wbt...
Hari ni nak share tentang bubur asyura. Bubur asyura hanya di buat dalam bulan Muharam. So semalam bertempat di teratak tok/nenek berkesempatan melihat proses membuat asyura. Antara bahan yg perlu ada beras/nasi, rempah-ratus, keledek, gula merah, kacang merah, serai, santan, ayam/daging, gula garam dll.

Antara gambar yg sempat di snap. Jom tengok..

proses mengacau bubur asyura..
                                   


      kacau lagi......

....dan kacau....

turn org muda plak...

org muda lg...


Pict bubur asyura da siap lupa nk snap...huhu.. Lepas siap dimasak bubur td dimasukkan ke dalam bekas dan  ditabur dengan telur gulung yg dihiris nipis, sambal ikan dan jeli. Utk nk bg cntik mungkin. Kebiasaannya di negeri Terengganu jela kot negeri lain xpasti plak. Ada orang lebih suka mkn yg keras dan ada yg suka mkn cm bubur.

p/s: tuan belog ni suka mkn y sedang2...shedap!!!

Saturday, 10 December 2011

Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:

"Ala aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah"

"Saya cintakan awak kerana Allah"

"Kita couple bukan buat maksiat pun"

Firman Allah SWT

"Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (Al-Israa':32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-kononnya berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu akan membelenggu jiwa dan menyebabkan kita alpa.

Sahabat yang dikasihi, syaitan musuh kita yang nyata. Syaitan tidak akan pernah berputus asa menyesatkan anak-anak Adam dan syaitan paling suka menghasut anak-anak muda.




p/s: Sekadar peringatan bersama untuk sahabat yang di sayangi daripada sahabat yang menyayangi.

Friday, 9 December 2011

Kekasih Hati Saya~lalalalalaaa~

Assalamualaikum semua n Salam Jumaat penghulu segala hari...
Semoga dilimpahi barakah hendaknya. Tajuk N3 kt atas tu cam gempaknya je kan. Sebenarnya kekasih hati tu ialah anak buah yang terlatest...anak buah yg ke-3. Tersangat kiut miut n byk ragam..huhu..biasala ank kecilkan masakan tidak merengek..da hukum karma..kita dulu pon cm2 jgkkn..jenuh mak kita jaga..Tq my mum sebab bg sepenuh perhatian jaga kita dr kecil smpai besar. Eh da melalut pulak..ok jom kita tgk pict baby Muhammad Hariz Saifuddin with green duck~quack3...

muka yg cumil


^_~

Sunday, 4 December 2011

Sabar dan Syukur

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Rabb, kita semua telah berada di bulan Muharram yang mana bulan ini merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam iaitu 1433 Hijrah. Walaupun hari ini merupakan 8 Muharram rasanya xlambat lg untuk mengucapkan Salam Maalhijrah. Satu platform utk kita berubah ke arah kebaikan..
Sebenarnya nak bgtaw pasal thp kesihatan yg xmengizinkan ekoran dari perubahan cuaca sekarang yg sekejap panas dan sekejap mendung dan diselangi dengan hujan yg agk berterusan. So wabak seperti demam, batuk dan selesema adalah wabak biasa yg mmg da sinonim dengan cuaca.
Walaubagaimanapon sakit itu merupakan ujian dr Allah SWT utk menguji hambanya. Menguji tahap keimanan dan kita kenalah sentiasa bersabar dan menerima ujian itu dengan hati yg tenang sebab sakit itu mghapus dosa-dosa kecil kita.
Sebenarnya byk hikmah tentang sakit yang mana bila kita sakit kita akan berasa betapa bharganya nikmat sihat yg dkurniakan oleh Allah SWT. Kedua tubuh badan kita dpt berehat sebab bila kita sakit kita akan berbaring dan organ dalaman kita dpt berehat dengan cukup. Ketiga sakit juga merupakan peringatan dr Allah SWT utk hambanya sebab bila kita sakit kita akan terfikir dosa yg kita da lakukan. Cuba bila kita sihat ada ke kita terfikir dengan dosa yg kita lakukan dlm kehidupan..Seterusnya sakit juga dapat mendekatkan diri kita terhadap Allah SWT yg mana selama kita sihat kita agak lalai dlm mengingatiNya. Sakit juga memberi kita ruang utk berzikir mengingati Ya Rabb
Bykkn hikmah sakit tp kita sebagai hambaNya adakah merasakan sakit itu satu ujian atau merungut bila di timpa penyakit. Sama-sama kita renungkan ya sahabat...


Bersabarlah andai ditimpa Musibah!!