"Ala aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah"
"Saya cintakan awak kerana Allah"
"Kita couple bukan buat maksiat pun"
Firman Allah SWT
"Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (Al-Israa':32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-kononnya berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu akan membelenggu jiwa dan menyebabkan kita alpa.
Sahabat yang dikasihi, syaitan musuh kita yang nyata. Syaitan tidak akan pernah berputus asa menyesatkan anak-anak Adam dan syaitan paling suka menghasut anak-anak muda.
p/s: Sekadar peringatan bersama untuk sahabat yang di sayangi daripada sahabat yang menyayangi.
No comments:
Post a Comment